BLOG PENATARAN PPPM 2013 - 2025

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

KARNIVAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

Semua warga sekitar Tawau yang berdekatan dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.Pelbagai aktiviti dilaksanakan bermula pada 6 hingga 7 September 2014. Terima Kasih.

AMALAN BUDAYA 5S

5S merupakan satu amalan budaya berfokus untuk mewujudkan suasana persekitaran kerja yang berkualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan. 5S adalah Sisih, Susun, Sapu, Sentiasa Amal Dan Seragam.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013 - 2025

Rujukan dan dokumentasi berkaitan PPPM 2013 - 2025 boleh dirujuk dan dimuat turun melalui pautan : http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025

TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57

MALAYSIA DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.

Halaman

Thursday, 18 September 2014

Inilah Stor Utama IPG Kampus Tawau

Selamat Datang Ke Unit Pengurusan Aset & Stor, IPG Kampus Tawau, Sabah.

Semua urusan permohonan dan pengeluaran mestilah berurusan hanya dikaunter sahaja. Pemohon tidak dibenarkan memasuki ruangan bilik simpanan stok.

Kecuali petugas / Staf Unit pengurusan Aset & Stor sahaja di benarkan masuk ke bilik simpanan stor untuk mengelakkan kehilangan barang.

Carta Organisasi Unit kami.

Setiap penerimaan borang dan pengeluaran barang mestilah dicatatkan di dalam buku ini bagi mengelakkan daripada terlupa merekod di dalam Kew.PS-3 dan Kew.PS-4 serta dapat mengetahui bilangan pemohon mengambil barang dalam sebulan.

Setiap pengeluaran dan penerimaan barang stok mestilah direkod didalam Kew.PS-3 dan Kew.PS-4.
Susun atur fail yang teratur memudahkan pencarian sesuatu maklumat serta mengelakkan kehilangan data maklumat.

Borang permohonan Kew.PS-11 boleh di dapati di ruang tamu Unit Stor dan di Pentadbiran.

Tatacara Pengurusan Stor & Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.

Ruangan menulis.

Tempat simpanan kertas.

Almari simpanan barang menarik perlu di simpan didalam almari bertutup.

Almari simpanan jenis terbuka. 

Sunday, 7 September 2014

HUJUNG DUNIA

Lirik Lagu Hujung Dunia – Hanie Soraya

Pikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut
Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

[chorus]

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama
(hingga ke hujung dunia)
Hingga ke hujung dunia
Kurang kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna
Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

[ulang chorus]

Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini
Lalalala lalalalala

[ulang chorus]



PENGURUSAN STOR KERAJAAN

TUJUAN


1. Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk memperkemaskan Tatacara
Pengurusan Stor Kerajaan yang sedang berkuat kuasa pada masa kini.

Latar Belakang


2. Pengurusan Stor ialah salah satu aspek pengurusan kewangan yang sangat penting kerana barang-barang dalam stor merupakan modal Kerajaan yang tersimpan dalam bentuk barang-barang bagi tujuan memberi perkhidmatan kepada pelanggan pada kos yang minimum. Peraturan mengenai Pengurusan Stor pada masa ini terkandung dalam Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor (PP-TPS) yang dikeluarkan pada tahun 1982 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 12 Tahun 1995. Memandangkan PP-TPS ini telah lama dikeluarkan maka beberapa peraturan yang terkandung di dalamnya didapati tidak selari lagi dengan perkembangan semasa.

3. Kesan daripada pengurusan stor yang lemah, tidak teratur dan tidak cekap boleh menyebabkan Kerajaan mengalami kerugian yang besar akibat pembaziran modal yang terikat dalam bentuk stok, keusangan, kesusutan dan kecurian barangbarang yang disimpan. Di samping itu isu kelemahan pengurusan stor sering dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Bagi menangani masalah tersebut dan mengambil kira perkembangan semasa peraturan mengenai pengurusan stor Kerajaan telah dikaji semula dan dikemas kini bagi memudahkan pelaksanaannya di peringkat agensi.

Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan


4. Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) yang disediakan bersama-sama dengan Pekeliling ini meliputi:

            Bab A - Penerimaan
            Bab B - Merekod Stok
            Bab C - Penyimpanan
            Bab D - Pengeluaran
            Bab E - Pemeriksaan
            Bab F - Keselamatan dan Kebersihan
            Bab G - Pelupusan
            Bab H - Kehilangan dan Hapus Kira