Halaman

Sunday, 7 September 2014

PENGURUSAN STOR KERAJAAN

TUJUAN


1. Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk memperkemaskan Tatacara
Pengurusan Stor Kerajaan yang sedang berkuat kuasa pada masa kini.

Latar Belakang


2. Pengurusan Stor ialah salah satu aspek pengurusan kewangan yang sangat penting kerana barang-barang dalam stor merupakan modal Kerajaan yang tersimpan dalam bentuk barang-barang bagi tujuan memberi perkhidmatan kepada pelanggan pada kos yang minimum. Peraturan mengenai Pengurusan Stor pada masa ini terkandung dalam Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor (PP-TPS) yang dikeluarkan pada tahun 1982 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 12 Tahun 1995. Memandangkan PP-TPS ini telah lama dikeluarkan maka beberapa peraturan yang terkandung di dalamnya didapati tidak selari lagi dengan perkembangan semasa.

3. Kesan daripada pengurusan stor yang lemah, tidak teratur dan tidak cekap boleh menyebabkan Kerajaan mengalami kerugian yang besar akibat pembaziran modal yang terikat dalam bentuk stok, keusangan, kesusutan dan kecurian barangbarang yang disimpan. Di samping itu isu kelemahan pengurusan stor sering dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Bagi menangani masalah tersebut dan mengambil kira perkembangan semasa peraturan mengenai pengurusan stor Kerajaan telah dikaji semula dan dikemas kini bagi memudahkan pelaksanaannya di peringkat agensi.

Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan


4. Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) yang disediakan bersama-sama dengan Pekeliling ini meliputi:

            Bab A - Penerimaan
            Bab B - Merekod Stok
            Bab C - Penyimpanan
            Bab D - Pengeluaran
            Bab E - Pemeriksaan
            Bab F - Keselamatan dan Kebersihan
            Bab G - Pelupusan
            Bab H - Kehilangan dan Hapus Kira

0 comments:

Post a Comment